Wasiat & Asset Management

Memberi Nasihat Perancangan Wasiat & Harta Pusaka

  • Menjelaskan kepentingan wasiat, hibah, amanah dan instrumen perancangan harta.

  • Menganalisis situasi pelanggan (keluarga, aset, hutang) untuk cadangan yang sesuai.

  • Menerangkan proses faraid, pewarisan dan implikasi undang-undang dengan jelas.

Mengurus Penyediaan Dokumen Wasiat & Instrumen Harta

  • Membantu pelanggan menyediakan dokumen wasiat atau hibah secara tepat dan sah.

  • Memastikan maklumat aset, penama, wasi, dan waris direkod dengan betul.

  • Mengurus dokumentasi dengan syarikat atau institusi amanah sehingga dokumen dimeterai.

Memberi Khidmat Selepas Penyediaan Wasiat (Servicing & Pengurusan)

  • Mengemas kini dokumen apabila pelanggan menambah aset, berkahwin, atau berlaku perubahan hidup.

  • Memberi bimbingan kepada waris dalam proses tuntutan pusaka apabila berlaku kematian.

  • Menyampaikan maklumat tentang penyimpanan dokumen, perlindungan aset, dan langkah pengurusan seterusnya.